Raptai Hari Kebangsaan
Mahir menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api kecil bagi menghasilkan bulatan api besar, Staf Sarjan Mad Zain Medol diberi kepercayaan untuk mempersembahkan kemahiran yang dimiliki sejak usia remaja itu pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, pada Selasa ini.
Pembaca Ikrar Rukun Negara, Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim, 33, (tiga, kanan) pada raptai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 ketika tinjauan Bernama di Dataran Pahlawan hari ini.
Pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut membuat sesi latihan sebelum menyertai acara persembahan kawad senyap pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 ketika tinjauan Bernama di Dataran Pahlawan hari ini.
Pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pertunjukan udara pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 ketika tinjauan Bernama di Dataran Pahlawan hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!