Semua PPS di Perak ditutup

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Perak ditutup sepenuhnya pada Sabtu.

PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menjadi PPS terakhir yang ditutup menempatkan 50 mangsa banjir sebelum ini.

Penutupan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, penutupan PPS pada jam 5 petang itu dibuat hasil pemerhatian dan laporan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian.

Sebelum ini, dua PPS dibuka di daerah Kerian iaitu di SK Changkat Lobak dan SK Alor Pongsu susulan banjir yang melanda empat kampung akibat kejadian ban pecah.

Penutupan PPS SK Changkat Lobak diumumkan oleh Mohd Sabli pada Jumaat selepas situasi banjir mulai pulih.

Selain di daerah Kerian, tiga lagi daerah iaitu Kampar, Hilir Perak serta Larut Matang dan Selama dilanda banjir dengan pembukaan dua PPS.

Bagaimanapun PPS SK Matang di daerah Larut Matang dan Selama ditutup pada 26 Ogos 2021 manakala PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 di daerah Kampar ditutup pada 24 Ogos 2021.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Teluk Intan di daerah Hilir Perak ditutup pada 21 Ogos 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!