UK tamatkan operasi pemindahan dari Afghanistan
KABUL- United Kingdom menamatkan operasi pemindahan dari Afghanistan.
Jelas dutanya ke negara itu Laurie Bristow, penerbangan keluar pada Sabtu adalah yang terakhir.
"Kami bekerja sehingga ke detik akhir untuk memindahkan warga Britain dan Afghanistan yang berdepan risiko.
"Sejak 13 Ogos lalu, kami memindahkan hampir 15,000 orang ke tempat selamat. Lebih 1,000 anggota tentera, kakitangan diplomatik dan orang awam telah berusaha kerja bagi menjayakan operasi ini," katanya.
Jelas Bristow, pihaknya akan meneruskan usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.
Pesawat terakhir membawa kakitangan diplomatik dan anggota tentera UK tiba di pangkalan udara London pada Sabtu.
UK memindahkan lebih 14,500 orang dari Kabul sejak dua minggu lepas.
Malangnya lebih 1,000 warga Afghanistan yang layak memasuki UK, terpaksa ditinggalkan.
Sebahagian Ahli Parlimen UK percaya angka rasmi adalah lebih tinggi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!