Delta: Risiko kemasukan hospital dua kali ganda
Berdasarkan kajian yang diterbitkan The Lancet, pakar menyatakan betapa pentingnya untuk mendapatkan suntikan penuh vaksin Covid-19.
Kajian yang diketuai Kesihatan Awam England (PHE) dan Majlis Penyelidikan Perubatan melaporkan 43,338 kes Covid-19 yang dicatatkan antara Mac dan Mei meliputi varian Alpha dan Delta.
Sebahagian besar jangkitan melibatkan individu belum divaksin.
Risiko kemasukan ke hospital adalah dua kali lebih tinggi bagi individu yang dikesan positif dengan varian Delta berbanding Alpha.
Pakar menjelaskan, vaksin dapat menurunkan risiko itu terutama selepas dos lengkap.
Analisis terbaharu PHE mendakwa, vaksin Pfizer-BioNTech adalah 96 peratus berkesan dan vaksin Oxford-AstraZeneca 92 peratus berkesan.
Penyelidikan menunjukkan, kedua-dua vaksin ini dapat memberikan perlindungan yang baik terhadap kemasukan ke hospital dan kematian disebabkan varian Delta.
Delta dilaporkan menyumbang hampir 99 peratus kes positif di United Kingdom ketika ini.
Sebanyak 32,406 kes jangkitan baharu dicatatkan di UK pada Sabtu dengan 133 kematian dalam masa 28 hari dikesan positif.
Lebih daripada 42 juta orang atau 78 peratus individu berusia 16 tahun dan ke atas di UK sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.- Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!