Renangan Muhammad Nur Syaiful sekali lagi dibatalkan

Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli beraksi pada acara lelaki 100m kuak dada pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Foto Bernama
Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli beraksi pada acara lelaki 100m kuak dada pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET renang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak dapat meneruskan saringan bagi acara 100 meter (m) kuak dada lelaki (SB4) pada Sukan Paralimpik Tokyo apabila penyertaannya dibatalkan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi tadi.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua penyertaan Muhammad Nur Syaiful Nur Syaiful dibatalkan setelah penyertaannya bagi acara 200m gaya bebas lelaki (S5) turut dibatalkan akibat isu teknikal, pada Rabu.

Bagaimanapun, perenang berusia 26 tahun dari Sarawak itu masih berpeluang untuk meneruskan cabaran dalam acara renang apabila bakal beraksi dalam acara 50m gaya bebas (S5) pada 1 September kelak.

Terdahulu, Muhammad Nur Syaiful turut berjaya memperbaharui catatan peribadinya biarpun menamatkan saingan akhir 100m gaya bebas (S5) pada kedudukan ketujuh, pada Rabu.

Muhammad Nur Syaiful mencatatkan satu minit 15.12 saat bagi memperbaiki catatan satu minit 15.39 saat yang dicatatkannya di London pada 2019 lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!