Disangka mati, rupa-rupanya tertidur akibat mabuk

Mangsa diberi rawatan selepas terjaga daripada tidur. - Agensi
Mangsa diberi rawatan selepas terjaga daripada tidur. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki disangka sudah meninggal dunia selepas motosikalnya terbabas dalam kemalangan jalan raya di sebuah daerah di Thailand baru-baru ini.

Lapor media tempatan berkata, insiden itu berlaku di pekan Si Racha kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Susulan kemalangan itu, pengguna jalan raya menghubungi paramedik selepas mendapati mangsa terbaring di tengah jalan dan dianggap sudah tidak bernyawa.

Bagaimanapun, pegawai paramedik terkejut apabila mangsa 'kembali bernyawa' ketika tubuhnya sedia dimasukkan ke dalam beg mayat.

Siasatan awal mendapati, pemuda dikenali sebagai Pitak Kaewnamkam itu mengaku menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, akibat terlalu mabuk dia terbabas dan tertidur di tengah jalan.

"Pemuda tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

"Senario buruk, dia mungkin dilenyek kenderaan lain," kata polis. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!