PPV WTC catat pemberian suntikan 1 juta dos
KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mencatatkan pemberian suntikan ke satu juta kepada penduduk di Lembah Klang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Ahad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia menjadikan PPV tersebut sebagai PPV pertama di negara yang mengendalikan pemberian vaksin mencecah satu juta dos.
"Ia sekali gus menyumbang kepada usaha pemulihan negara untuk mencapai perlindungan yang dikehendaki buat semua dan membawa Malaysia keluar daripada cengkaman pandemik Covid-19 demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat.
"Dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, PPV WTC KLmerupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai 2021," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di PPV WTC KL pada Ahad.
PPV WTC KL mula beroperasi pada 5 Mei tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!