Jadikan kilang sebagai PPV jika punya pekerja asing: PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad menegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, kilang-kilang seharusnya menyumbang kepada percambahan ekonomi dan bukan menjadi pusat penyebaran Covid-19.

"Saya juga telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV sebaliknya hanya mendapatkan vaksin di tempat mereka bekerja.

"Pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80 peratus kadar vaksinasi," katanya.

Beliau berkata, pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkat dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus mendapatkan dos suntikan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!