Tabik prestasi pemain muda negara

Misbun (kiri) berpuas hati dengan dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara di kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM pada ketika ini.
Misbun (kiri) berpuas hati dengan dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara di kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM pada ketika ini.
A
A
A

PENGARAH Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek secara keseluruhannya berpuas hati dengan tahap prestasi semasa pemain muda negara di sepanjang saingan kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM pada ketika ini.

Menurut Misbun, kesemua pemain-pemain muda negara telah memberikan komitmen terbaik dan disiplin tinggi sepanjang saingan berkenaan yang disifatkan sebagai pentas terbaik mengembalikan momentum positif setiap pemain.

“Sejujurnya, saya amat berpuas hati dengan prestasi dipamerkan setiap pemain sepanjang kejohanan berlangsung, malah apa yang saya mahu lihat adalah bagaimana dalam kalangan pemain-pemain muda beraksi di Akademi Badminton Malaysia.

“Pemain-pemain muda ini berjaya membuktikan di sebalik kekangan pandemik Covid-19 selain beraksi mengikut gelembung sukan ditetapkan, mereka mampu memberikan aksi terbaik masing-masing,” katanya.

Malah katanya, pemain-pemain muda yang menunjukkan potensi diri dan kualiti permainan yang baik akan dicadangkan bagi pemilihan untuk skuad Piala Thomas dan Uber.

Untuk rekod, BAM menganjurkan Kejohanan Ranking Dalaman Remaja yang merangkumi tiga kategori iaitu bawah 18, 16 dan 14 tahun itu sebagai usaha memastikan dalam kalangan pemain muda negara kekal kompetitif selepas kekurangan kejohanan antarabangsa berikutan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!