Ahli muzik kesal tidak disuntik vaksin Covid-19 akhirnya meninggal

Marcus Birks meninggal dunia selepas dijangkiti CoviId-19 di sebuah hospital di Stoke-on-Trent, England pada Jumaat lalu. - Foto BBC
Marcus Birks meninggal dunia selepas dijangkiti CoviId-19 di sebuah hospital di Stoke-on-Trent, England pada Jumaat lalu. - Foto BBC
A
A
A

LONDON - Seorang ahli muzik yang pernah menyesal kerana tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 akhirnya meninggal dunia di Hospital Diraja Universiti Stoke, England pada Jumaat lalu.

Ahli muzik itu, Marcus Birks 40, sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi hospital tersebut pada awal bulan ini selepas dijangkiti dengan pandemik tersebut.

Birks pernah memberitahu portal berita BBC bahawa dia berasa terkejut kerana dijangkiti dengan Covid-19 kerana dia jarang sakit.

Ketika diwawancara portal berita itu pada awal bulan ini, dia menggesa orang ramai untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Birks juga berkata, maklumat tentang Covid-19 telah dipesongkan oleh media sosial dan teori konspirasi.

Dia memberitahu bahawa simptom-simptom yang didapati akibat pandemik itu ialah selesema yang kemudian menjadi semakin teruk.

Menurutnya, dia dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Birks yang menunggu isterinya melahirkan anak pada November ini dilaporkan turut menolak untuk disuntik dengan vaksin tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ahli muzik dari Leek, Staffordshire sebelum ini menganggap tidak akan jatuh sakit disebabkan faktor dia makan makanan yang sihat dan melakukan senaman lima kali seminggu.

Dia yang merupakan anggota band 'Most Wanted' pernah muncul dalam beberapa program televisyen di Britain. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!