Bangunan apartmen setinggi 60 meter di Milan terbakar

Sebuah bangunan apartmen (di belakang anggota-anggota polis) terbakar di Milan, Itali pada Ahad. - Foto AFP
Sebuah bangunan apartmen (di belakang anggota-anggota polis) terbakar di Milan, Itali pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

MILAN - Sebuah bangunan apartmen 20 tingkat di Milan, utara Itali terbakar pada Ahad menyebabkan para anggota penyelamat bertungkus-lumus memastikan tiada seorang pun yang terperangkap akibat kebakaran itu.

Kebakaran itu bermula dari tingkat atas di bahagian menara di selatan bangunan tersebut.

Menurut ciapan Jabatan Bomba di Twitter, ia kemudian merebak ke bahagian bawah apartmen itu.

Penduduk di unit apartmen itu yang berjumlah kira-kira 70 orang telah dihubungi jabatan tersebut dan tidak ada seorang pun yang dilaporkan hilang.

Datuk Bandar, Giuseppe Sala memberitahu akhbar Corriere della Sera bahawa anggota-anggot bomba pergi ke setiap unit apartmen di bangunan tersebut dan mengetuk pintu bag memastikan tidak ada seorang pun daripada penghuni yang terperangkap.

Menurut Sala, pihaknya optimis semua penghuni mempunyai masa yang mencukupi untu keluar dari bangunan itu.

Akhbar berkenaan menyatakan kira-kira 20 penduduk terhidu asap.

Polis kini melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut selepas anggota-anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh tiga jam.

Artikel Berkaitan:

Berbelas-belas ambulans dan jentera jabatan bomba berada di tempat kejadian ekoran kebakaran di bangunan setinggi 60 meter itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!