Lebih 20 maut dua kapal berlanggar di Peru
MEXICO CITY - Lebih 20 orang maut manakala lebih 50 lagi hilang selepas dua kapal berlanggar di Sungai Huallaga di wilayah Loreto, Amazon di Peru, lapor Sputnik.
Menurut laporan stesen radio RPP, sebuah motobot dikatakan merempuh kapal yang membawa kira-kira 80 penumpang dan nahas berlaku ketika kabus tebal.
Seorang mangsa yang terselamat berkata, kebanyakan penumpang tidur ketika kejadian.
Anggota tentera laut masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!