LHDNM sumbang 315 bakul makanan

Kamarudin (kiri) bersama salah seorang penerima bantuan bakul makanan.
Kamarudin (kiri) bersama salah seorang penerima bantuan bakul makanan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hasil Prihatin menerusi penyerahan 315 bakul makanan kepada penduduk kawasan Petaling Jaya yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut kenyataan LHDNM, penyampaian bakul makanan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui wakil penduduk sebelum diserahkan kepada penerima yang dikenal pasti.

"Program ini telah berlangsung di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Pengarah Negeri LHDNM Selangor, Kamarudin Hashim," kata kenyataan itu pada Isnin.

Kamarudin (tiga dari kanan) bersama pasukannya bersiap sedia untuk agihan bekalan bakul makanan.
Kamarudin (tiga dari kanan) bersama pasukannya bersiap sedia untuk agihan bekalan bakul makanan.

Jelas kenyataan itu, sumbangan bakul makanan diserahkan kepada wakil penduduk termasuk Wan Mohd Zaid Wan Ismail (Komuniti Flora Damansara), Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

"Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang menekankan konsep prihatin dan sentiasa peka dalam memelihara kebajikan rakyat, sehingga kini Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbang sebanyak 5,370 bakul makanan kepada golongan rentan dan memerlukan.

"Pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi ke seluruh negara dalam masa terdekat dalam usaha LHDNM memastikan rakyat yang kurang berkemampuan tidak diabaikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!