Israel sasar penunjuk perasaan Palestin di Gaza, 18 cedera
GAZA CITY - Seramai 18 orang cedera apabila tentera Israel menyasarkan penunjuk perasaan Palestin yang membantah sekatan di Gaza pada Ahad.
Menurut Kementerian Kesihatan, ketika bantahan para penunjuk perasaan bertindak membakar tayar sambil melaungkan beberapa slogan, lapor Agensi Anadolu.
Semenanjung Gaza yang kini didiami lebih dua juta orang telah diceroboh Israel sejak 2007, yang turut memberi kesan buruk kepada penduduk di kawasan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!