30 bot nelayan berarak dengan Jalur Gemilang

Azli ( dua dari kanan) dan Intan Suhaila ( dua dari kiri) pada gimik pelepasan 30 bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang berarak di Sungai Masai Besar pada Isnin.
Azli ( dua dari kanan) dan Intan Suhaila ( dua dari kiri) pada gimik pelepasan 30 bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang berarak di Sungai Masai Besar pada Isnin.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sebanyak 30 bot nelayan yang dihiasi Jalur Gemilang menyurusi Sungai Masai Besar sejauh kira- kira 1 kilometer pada Isnin bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaaan yang ke-64.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan, Azli Mohamad Aziz berkata, perarakan itu melibatkan nelayan dari Kampung Pasir Gudang Baru.

"Inisiatif ini diambil bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan nelayan seterusnya menceriakan sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat negeri.

"Nelayan di sini merasa cukup teruja dan bertuah kerana menikmati kehidupan yang makmur dan boleh mencari rezeki dengan mudah," katanya selepas gimik pelancaran berkenaan di Jeti Kampung Pasir Gudang Baru di sini pada Isnin.

Antara bot nelayan yang menyertai perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Sungai Masai Besar pada Isnin.
Antara bot nelayan yang menyertai perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Sungai Masai Besar pada Isnin.

Pada majlis yang sama, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) Johor, Intan Suhaila Othman turut menyerahkan bakul makanan melalui progran MAFI Prihatin kepada 30 nelayan di Kampung Pasir Gudang Baru.

Mengulas lanjut, Azli berkata, perarakan yang julung kali diadakan itu tidak dapat dilakukan dengan skala yang lebih besar memandangkan peserta perlu mematuhi prosedurr operasi standard ( SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, jelasnya acara terbabit tetap disambut dengan semangat patriotisme dalam kalangan nelayan dan masing-masing teruja untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!