Pengakuan Clare: Pemimpin Pas patut minta maaf kepada ahli

Mahfuz (kanan) hadir merasmikan Program Gotong-Royong Mega Peringkat Daerah Kota Setar di Taman Pinang Jaya,Bukit Pinang, hari ini.
Mahfuz (kanan) hadir merasmikan Program Gotong-Royong Mega Peringkat Daerah Kota Setar di Taman Pinang Jaya,Bukit Pinang, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pengakuan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang mengesahkan menerima RM1.4 juta dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan tamparan terbaharu kepada seluruh ahli parti tersebut.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, bayaran yang diakui terima pada hujung Januari lalu sebagai sebahagian daripada persetujuan menyelesaikan saman di luar mahkamah memperlihatkan pemimpin-pemimpin Pas berdolak-dalih dalam isu bayaran saman itu.

Menurutnya, peguam Clare, Americk Sidhu juga turut mengesahkan cek tersebut sebagai asli dan bayaran telahpun dijelaskan melalui akaun anak guamnya.

"Pas patut berjiwa besar dengan membuat pengakuan bahawa memang kesilapan mereka dalam isu ini dan memohon maaf kepada ahli. Saya percaya mereka memohon maaf secara jujur, ahli boleh maafkan pemimpin Pas kerana mereka (ahli-ahli) sangat taat terhadap pemimpin.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Clare sahkan nombor akaun bukan palsu

"Bila mereka buat begini, saya percaya ahli-ahli mereka akan 'fed up', akan 'give up' dan meninggalkan parti tersebut. Mereka tidak boleh berada dalam satu parti yang pemimpinnya 'flip-flop' sekarang ini.

"Sebab yang teraniaya adalah ahli-ahli Pas. Jadi dua kali mereka dakwa Clare fitnah tapi mereka tidak pernah membersihkan dan membuat tindakan dan tuntutan sehabis maksimun terhadapnya," katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Peringkat Daerah Kota Setar di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang, di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pada awalnya beliau kagum dengan tindakan Pas apabila parti tersebut mengambil tindakan saman terhadap Clare tapi apabila tiba satu peringkat mereka tarik balik saman berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Ini bagi saya tidak sepatutnya berlaku jika benar mereka mahu membersihkan nama Pas dari fitnah. Tapi hari ini mereka tarik balik selepas rundingan dan bersetuju selesai di luar mahkamah tanpa ada pembayaran apa-apa kepada Clare.

"Tapi di sebalik itu sebenarnya ada bayaran seperti yang diakui oleh Clare dan peguam Clare sendiri. Pas masih lagi menafikan dan menyatakan ia fitnah," katanya lagi.

Tambah Mahfuz, Pas tidak boleh berterusan menafikan perkara tersebut dan seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Clare.

"Saya tidak pasti apa yang Pas cuba selindung namun tidak wajar untuk mereka memperalatkan, memperdayakan dan membohongi ahli (parti itu). Saya rasa kasihan dengan ahli-ahli Pas berhubung dengan isu yang sedang berlaku hari ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!