Doktor ditahan miliki syabu
MANILA - FILIPINA. Seorang pegawai perubatan di Jabatan Kesihatan (DOH) ditahan polis kerana memiliki 50 gram syabu di kondominiumnya di Mandaluyong City.
Dr Vanjoe de Guzman berada dalam pemantauan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) selama lebih empat bulan.
Jurucakap PDEA berkata, doktor terbabit menggunakan kediamannya sebagai port menghisap dadah dan pelanggannya terdiri daripada pelajar, eksekutif muda serta penganggur. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!