Ceriakan anak-anak polis pada Hari Merdeka

Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan secara ringkas dilakukan dalam suasana norma baharu sambutan Kemerdekaan ke-64. - Foto IPD Bachok
Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan secara ringkas dilakukan dalam suasana norma baharu sambutan Kemerdekaan ke-64. - Foto IPD Bachok
A
A
A

BACHOK - Polis Bachok mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Melukis dan Mewarna bagi menceriakan 60 anak petugas barisan hadapan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada Isnin.

Program berlangsung dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Bachok.

Ketua Polis Bachok, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, penyertaan yang menggalakkan diterima daripada anak-anak pegawai kanan, anggota pegawai awam dan ahli Perkep IPD berkenaan.

Menurutnya, penganjuran program bertujuan memupuk semangat Kemerdekaan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan anak-anak petugas barusan hadapan.

Pemenang menunjukkan sijil dan hadiah hamper yang dimenangi masing-masing. - Foto IPD Bachok
Pemenang menunjukkan sijil dan hadiah hamper yang dimenangi masing-masing. - Foto IPD Bachok

“Sekian lama mereka ‘terkurung’ dan pasti sudah jemu. Aktiviti bertema kemerdekaan ini dapat mencungkil bakat mereka di samping menyuntik nilai patriotisme dalam diri masing-masing.

“Pertandingan terbuka kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dengan hasil warna dan lukisan dilakukan di rumah masing-masing kerana pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Ujar beliau, sebagai penghargaan peserta diberikan sijil penyertaan manakala tiga pemenang dipilih bagi setiap kategori yang dipertandingkan mengikut peringkat umur.

Artikel Berkaitan:

Antara lukisan bertemakan Kemerdekaan-64 dihasilkan oleh kanak-kanak anak petugas barisan hadapan pada Isnin. -Foto IPD Bachok
Antara lukisan bertemakan Kemerdekaan-64 dihasilkan oleh kanak-kanak anak petugas barisan hadapan pada Isnin. -Foto IPD Bachok

“Pelbagai lagi aktiviti yang dirangka menerusi gandingan IPD dan PERKEP untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga polis.

“Kekangan Covid-19 dan PKP menyebabkan kesemua program dilaksanakan menerusi kaedah dan norma baharu. Kita juga berharap semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!