Kontrak selenggara jalan, belum muktamad lagi: Paul Yong

Paul Yong (dua dari kanan) ditemani Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abd Ghaffor (dua dari kiri) merasmikan gimik pembukaan Karnival Taman Tema Animasi Studio (MAPS) 2019, hari ini.
Paul Yong (dua dari kanan) ditemani Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abd Ghaffor (dua dari kiri) merasmikan gimik pembukaan Karnival Taman Tema Animasi Studio (MAPS) 2019, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak nafi telah memuktamadkan satu kontrak penyelenggaraan jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri kepada sebuah syarikat yang beroperasi di Johor.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan sebarang keputusan masih belum dibuat setakat ini.

"Kita belum tandatangan apa-apa lagi kerana ia masih dalam perbincangan sahaja.

"Sebenarnya syarikat berkenaan bukan buat semua projek tetapi cadangan untuk penurapan jalan dan kerja-kerja jalan dan sebagainya," katanya.

Satu surat tawaran dikeluarkan Kerajaan Negeri kepada mencetuskan kebimbangan kepada kontraktor-kontraktor kecil mula tular di media sosial sejak, semalam.
Satu surat tawaran dikeluarkan Kerajaan Negeri kepada mencetuskan kebimbangan kepada kontraktor-kontraktor kecil mula tular di media sosial sejak, semalam.

Beliau berkata, buat masa ini belum ada ketetapan untuk menandatangani apa-apa perjanjian.

"Kalau kerajaan negeri fikirkan ia adalah bersesuaian, kita akan jalankan.

"Jika sebaliknya, kita tidak lakukannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengulas mengenai surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bersetuju menerima tawaran daripada syarikat terbabit untuk menyelenggara jalan PBT secara konsesi, tular di laman sosial sejak semalam.

Paul Yong ditemui selepas merasmikan gimik pembukaan Karnival Taman Tema Animasi Studio (MAPS) 2019 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Paul Yong berkata, strategi model bisnes baru itu merupakan satu langkah bijak untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk memasuki MAPS tanpa had.

"Dengan pendekatan terbaru ini, semua orang boleh memasuki taman tema ini secara percuma dan hanya perlu bayar jika ingin bermain permainan yang disediakan dengan kupon serendah RM3.

"Selain itu, ia boleh dijadikan salah satu tempat untuk sesi fotografi berikutan kawasannya yang menarik untuk diambil gambar persis di luar negara," katanya.

Katanya, karnival itu turut membuka peluang baru kepada peniaga kecil melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!