Murid di Mexico kembali bersekolah

Murid di Mexico kembali belajar selepas kerajaan negara itu membuka semula sekolah selepas ditutup pada Mac 2020 - Foto Reuters
Murid di Mexico kembali belajar selepas kerajaan negara itu membuka semula sekolah selepas ditutup pada Mac 2020 - Foto Reuters
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Murid di Mexico kembali ke sekolah pada Isnin selepas lebih setahun belajar secara jarak jauh walaupun satu lagi gelombang Covid-19 melanda negara berkenaan.

Pihak kerajaan menyatakan arahan supaya sekolah dibuka semula itu adalah selamat, tetapi sejumlah ibu bapa dan para penentang Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrado bimbang dengan pembukaan tersebut yang dianggap terlalu awal.

Murid-murid yang bersekolah di bandar raya Mexico perlu memakai pelitup muka dan guru-guru memeriksa suhu mereka dan memberikan gel antibakteria kepada mereka.

Dalam pada itu, meja-meja di dalam kelas dibalut dengan plastik dan dijauhkan antara satu sama lain.

Kes kematian akibat Covid-19 di negara itu adalah 258,000 orang iaitu antara yang tertinggi di dunia dan negara yang dihuni oleh 126 juta penduduk itu kini berdepan dengan gelombang ketiga jangkitan pandemik tersebut.

Satu percubaan untuk membuka semula sekolah di wilayah yang sama pada Jun lalu telah digagalkan dengan bilangan kes Covid-19 yang tinggi di negara berkenaan.

Kelas-kelas di sekolah-sekolah di Mexico ditutup pada Mac 2020 berikutan permulaan pandemik tersebut dan lebih 30 juta pelajar perlu belajar melalui televisyen, internet dan radio. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!