Mujur tidak terpedaya helah 'Kak Yana'

Antara perbualan bersama individu berkenaan.
Antara perbualan bersama individu berkenaan.
A
A
A

JEMPOL- Seorang pengurus hampir terpedaya dengan seorang individu yang menyamar sebagai rakannya untuk meminjam wang pada Isnin.

Pengurus wanita berkenaan berkata, ketika sedang berada di rumahnya kira-kira jam 10 pagi, dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp beserta sekeping gambar seorang rakan yang dikenali sebelum individu tersebut mendakwa sebagai 'Kak Yana'.

"Dia beritahu memerlukan RM150 berikutan akaun bank miliknya disekat dan terdesak meminjam wang untuk membayar upah penarik kereta kerana kereta suaminya rosak.

"Mujur saya tidak mudah terpedaya dan untuk kepastian saya segera hubungi 'Kak Yana' yang sebenarnya. Ternyata individu tersebut menyamar sebagai 'Kak Yana' yang saya kenal untuk menipu mendapatkan wang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut wanita tersebut, selepas individu penyamar itu berkongsi nombor akaun, dia ke Balai Polis berhampiran untuk mendapatkan nasihat dan tindakan lanjut.

Tambahnya, polis menyarankan supaya mengaktifkan 'two step verification' di WhatsApp untuk mengelakkan penjenayah siber menggodam akaun tersebut dan menipu orang lain dengan menggunakan gambar peribadi masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!