Siti Noor Iasah gagal tebus kecewa Rio 2016 di Tokyo 2020

Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin -Foto Bernama
Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin -Foto Bernama
A
A
A

ATLET olahraga paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengakhiri saingan acara 400 meter (m) wanita T20 akhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik Tokyo dengan catatan 1 minit 01.05 saat (s) pada Selasa.

Catatan tersebut melabuh cabaran atlet berusia 32 tahun berkenaan yang mengakhiri perlumbaan pada kedudukan terakhir dalam kalangan lapan pelumba dalam acara berkenaan.

Pada penampilan di Paralimpik Rio 2016 sebelum ini, Siti Noor Iasah terlepas peluang menghadiahkan pingat gangsa untuk negara apabila akur kehebatan pesaingnya dari Poland.

Pelari dari Johor tersebut berjaya melangkah ke pentas akhir selepas berada dalam kalangan kelompok lapan terbaik dalam perlumbaan saringan apabila mencatatkan masa 59.89s pada Isnin

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!