Pemandu rentung kereta terbakar
SHAH ALAM - Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) ditemukan rentung dalam kemalangan di kilometer 407 Lebuhraya Plus di Lembah Beringin, Tanjung Malim arah utara pada petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 5.14 petang dan tiba di lokasi jam 5.36 petang.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Ssangyong terbakar 100 peratus selepas terlibat kemalangan. Seorang mangsa lelaki ditemui rentung," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Hafisham, mangsa dipercayai tersepit akibat kemalangan tersebut dan gagal dikeluarkan sebelum SUV berkenaan hangus.
"Bagaimanapun, status mangsa sebelum kebakaran tidak dapat dipastikan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!