Kontinjen Malaysia sudah kemuka bukti termasuk CCTV

Ahmad Faizal Azumu -Foto Bernama
Ahmad Faizal Azumu -Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Kontinjen Malaysia telah mengemukakan bukti untuk membantah protes kem Ukraine yang menafikan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Selasa, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada tiga negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi. Kita pertahankan!!. Mohon doa rakyat Malaysia.

“Protest submitted termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya di laman Facebooknya pada malam ini.

Sementara itu, ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara berkenaan di temasya berprestij itu.

Hasrat Ziyad untuk menghadiahkan pingat emas kedua kepada kontinjen negara di Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila pingat emas dimenangi atlet tersebut dibatalkan selepas dibantah oleh kem Ukraine.

Ziyad yang yang tampil ke bumi Tokyo berstatuskan juara bertahan di edisi Paralimpik Rio 2016 tampil aksi cukup bertenaga apabila memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik, Tokyo.

Kem Ukraine melakukan bantahan selepas tiga atlet, Ziyad; alet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador didakwa lewat memasuki bilik panggilan sebelum acara bermula.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!