32 maut bas terjunam ke dalam gaung

Sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Carretera, kira-kira 60 kilometer ke timur Lima pada Selasa. - Foto EPA
Sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Carretera, kira-kira 60 kilometer ke timur Lima pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

LIMA - Seramai 32 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Peru awal semalam, kata seorang pegawai polis.

Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya di Carretera kita-kira 60 kilometer ke timur Lima.

"Malangnya, ketika ini terdapat 32 kematian," kata seorang pegawai polis, Cesar Cervantes.

Menurut polis, budak lelaki berusia enam tahun dan kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun adalah antara yang maut.

Kira-kira 63 orang berada di dalam bas ketika kejadian itu berlaku.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan bagi mencari mangsa-mangsa yang kemungkinan selamat dalam kemalangan tersebut.

Pegawai polis tersebut berkata, kecuaian merupakan antara penyebab kejadian itu dan menyatakan bas berkenaan dipandu dengan laju.

Menurut seorang mangsa yang terselamat, bas itu dipandu dengan laju dan melanggar batu sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 200 meter. - AF

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!