Reezal Merican mula tugas rasmi sebagai Menteri KPKT
PUTRAJAYA - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Rabu memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini.
Reezal Merican dilantik ke jawatan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau adalah Menteri Belia dan Sukan pada pentadbiran terdahulu.
Reezal Merican bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.
Selepas mengimbas kad perakam sebagai rasmi memasuki pejabatnya, beliau akan menyertai mesyuarat kabinet pertama yang dipengerusikan Ismail Sabri secara maya pada Rabu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!