Barcelona lepaskan Griezmann kembali ke Atletico

GRIEZMANN
GRIEZMANN
A
A
A

PENYERANG Barcelona, Antoine Griezmann kembali ke kelab lamanya, Atletico Madrid secara pinjaman selepas dilepaskan oleh kelab Catalan itu pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Barcelona dalam satu kenyataan yang turut menyatakan pemain itu akan dipinjamkan selama setahun dengan pilihan untuk membelinya selepas tempoh pinjaman tersebut tamat.

"Barcelona dan Atletico Madrid telah mencapai persetujuan untuk meminjamkan Antoine Griezmann selama satu tahun dengan pilihan pembelian pada masa akan datang.

"Atletico akan membayar gaji pemain tersebut dan terdapat klausa perpindahan tetap wajib dalam perjanjian tersebut.

"Barcelona ingin mengucapkan terima kasih kepada Griezmann terhadap komitmen dan dedikasinya. Kami juag mengucapkan selamat berjaya kepadannya pada masa hadapan," kata kenyataan itu.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Barcelona dua tahun lalu dari Atletico namun gagal untuk menyinar bersama kelab gergasi Sepanyol itu dengan hanya mampu menjaringkan 22 gol daripada 74 penampilan.

Barcelona juga sedang bergelut dalam aspek kewangan dan terpaksa melepaskan pemenang enam kali Ballon d'Or, Lionel Messi untuk ke Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu.

Griezmann adalah seorang daripada pemain dibayar paling tinggi sejak menyertai kelab itu pada 2019 dengan nilai 120 juta euro (RM589.11 juta).

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua kelab tidak menyatakan yuran pembelian semula tetapi ia dilaporkan bernilai 40 juta euro (RM196.37 juta).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!