Ameerais kini bergelar suami

Instagram Ameerais Forteen
Instagram Ameerais Forteen
A
A
A

SELEPAS hampir lima bulan mengikat tali pertunangan, anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais atau Ameer selamat disatukan dengan pasangannya, Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar, 25, semalam.

Berita gembira itu turut diumumkan penyanyi berusia 29 tahun ini menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Alhamdulillah, selamat disatukan, semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia dan akhirat, I love you dear, wife," tulisnya.

Ameer dan Naja telah nengikat tali pertunangan pada 13 Oktober tahun lalu.

Mereka berkenalan ketika Ramadan 2017, apabila Naja bertanya judul lagu yang dinyanyikan Ameer dan mereka semakin rapat tidak lama kemudian.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!