UN Women minta wanita dalam kerajaan baharu Afghanistan

Foto Xinhua
Foto Xinhua
A
A
A

NEW YORK - Ketua UN Women Pramila Patten pada Selasa meminta kepemimpinan Taliban untuk memasukkan wanita dalam struktur tadbir urus akan datang.

"Saya maklum komitmen Taliban termasuk hak wanita untuk bekerja, melanjutkan pengajian dan berperanan aktif dalam masyarakat, serta hak kanak-kanak perempuan untuk bersekolah.

"Melibatkan wanita dalam struktur tadbir urus kepemimpinan baharu akan menjadi ujian utama untuk Taliban," kata Patten dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Pembangunan Afghanistan yang utuh dan lengkap dan bertujuan untuk perdamaian memerlukan penyertaan wanita yang setara dan berkesan dalam semua bidang, termasuk kehidupan awam dan politik.

Penyertaan wanita sepenuhnya penting bukan sahaja untuk pemerkasaan mereka tetapi juga untuk kemajuan masyarakat secara keseluruhan.

Kepemimpinan Taliban mesti mengambil langkah berani untuk melibatkan kaum wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat, sama ada peringkat dalam negara mahupun di arena antarabangsa.

"Aktivis hak wanita Afghanistan telah memperjuangkan hak mereka dan telah mencapai kemajuan yang besar. Pencapaian ini tidak harus dibiarkan terbantut.

"Tindakan segera diperlukan sekarang untuk memastikan penyertaan penuh wanita dalam kehidupan masyarakat dan politik Afghanistan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!