Pandelela terlepas aksi final

Pandelela Rinong
Pandelela Rinong
A
A
A

SKUAD terjun negara gagal menyerlah pada hari kedua Siri Dunia Terjun FINA di Sagamihara, Jepun.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong, gagal menempah tiket ke final apabila menamatkan kedudukan di tangga keempat, peringkat separuh akhir acara 10m platform individu wanita.

Pada kejohanan yang berlangsung di Sagamohara Green Pool, Pandelela yang pada awalnya menghuni kedudukan kedua selepas terjunan keempat dan menambah 65.60 mata pada terjunan kelima, bagaimanapun gagal bertahan selepas melakukan sedikit kesilapan di terjunan terakhir dengan mengutip 349.85 mata.

“Prestasi konsisten cuma tiada nasib hari ini.

“Dan untuk pertama kalinya dalam masa beberapa tahun, saya bertanding tanpa rasa sakit dan tanpa pita kinesio pada badan saya, jadi saya rasa baik,” katanya.

Sementara itu, gandingan Hanis Nazirul Jaya Surya-Leong Mun Yee terpaksa berpuas hati selepas menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 10m platform seirama campuran dengan mengumpul 311.10 mata.

Pasangan negara itu bermula dengan baik di kedudukan kedua dengan 105.60 mata selepas dua terjunan awal, bagaimanapun kemudiannya dipintas gandingan Russia Nikita Shleikher-Iuliia Timoshinina, pada terjunan ketiga.

Skuad terjun negara akan meneruskan saingan menerusi Nur Dhabitah Sabri-Muhammad Syafiq Puteh, dalam acara 3m papan anjal seirama campuran esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!