Tahfiz berdaftar dapat 'one-off' RM30,000: MAINJ

TOSRIN
TOSRIN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan bantuan 'one -off' sebanyak RM30,000 kepada 116 pusat tahfiz dan 16 pondok tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, sumbangan terbabit melibatkan peruntukkan keseluruhan bernilai RM3.96 juta.

"Menerusi peruntukan ini, tidak timbul isu pusat tahfiz di Johor gulung tikar.

"Berdasarkan senarai madrasah yang berdaftar dengan JAINJ, daerah Muar mempunyai 26 madrasah, Batu Pahat (24), Johor Bahru (19), Kluang (12), Tangkak (11), Segamat ( 11) dan Pontian (10), Kulai (tujuh) dan Mersing (empat)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Tosrin, MAINJ tidak melupakan peranan dan tanggungjawab dimainkan pusat tahfiz dan sekolah-sekolah pondok yang berdaftar dengan JAINJ.

"Sehubungan itu, jika terdapat tahfiz yang belum mendaftar dengan JAINJ dinasihatkan agar membuat pendaftaran supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!