Polis Terengganu lelong 22 barangan kemas lucut hak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan mengadakan lelongan aset alih kerajaan berupa 22 barangan kemas yang dilucut hak di bawah Akta Dadah Berbahaya pada 13 September ini.

Lelongan aset berkenaan akan diadakan di ruang legar Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu antara jam 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, aset yang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

"Semua aset boleh dilihat sehari sebelum jualan lelong iaitu pada 12 September 2021 di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Terengganu antara jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Lelongan aset ini tertakluk kepada 20 orang pembida terawal yang telah menerima dua dos vaksin dan melepasi 14 hari mengikut surat kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, pembida yang berminat untuk menyertai lelongan perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit RM500.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!