Pendigitalan tingkat keselamatan, kecekapan pelabuhan
SHAH ALAM - Syarikat penghantaran dan pengangkutan harus beralih kepada sistem kerja tanpa penggunaan kertas daripada proses manual seperti dijalankakan Linkhaul untuk mengurangkan gangguan rantaian bekalan dan mempertingkatkan kecekapan di pelabuhan-pelabuhan berikutan sekatan perjalanan.
Presiden Persatuan Pengangkut Malaysia (AMH), Soo Chee Yong berkata, Pelabuhan Klang masih mengalami kesesakan terutama ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 yang masih berkuat kuasa di Selangor.
Transformasi digital oleh penggiat logistik dalam industri import dan eksport penting untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh pelabuhan-pelabuhan dan rantaian bekalan untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan produktiviti, katanya.
"Kami mendapati pelabuhan dan industri sokongan telah melabur dalam automasi dan digitalisasi, ia memberi manfaat dalam meningkatkan daya tahan sejak tahun lepas,” katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan pada Rabu.
LinkHaul adalah platform dalam talian yang menghubungkan syarikat pengangkutan dan penghantaran, inisiatif itu bermula pada tahun 2019 yang melibatkan Lembaga Pelabuhan Klang, Westport dan Northport.
Platform itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu, Anthony Loke untuk membantu mengurangkan kesesakan trafik disebabkan oleh lori-lori kontena di pelabuhan.
Ia mengenal pasti perjalanan lori-lori yang tidak seimbang dan mengesyorkan supaya lori kargo tidak masuk atau keluar pelabuhan dengan muatan kosong.
Keitka ini, LinkHaul mempunyai 83 syarikat pengangkutan dan penghantaran barang yang aktif. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!