Lelaki Ghana terjun tasik elak ditahan imigresen

Seorang lelaki warga Ghana sanggup terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri.
Seorang lelaki warga Ghana sanggup terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Panik selepas menyedari kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Malaysia, seorang lelaki warga Ghana sanggup terjun ke dalam sebuah tasik untuk melarikan diri di Cyberjaya, Selangor pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, pegawai imigresen yang sedang bertugas dalam Ops Merdeka cuba untuk membuat pemeriksaan ke atas dua lelaki warga Ghana yang bekerja di sebuah pusat komuniti di kawasan Cyberjaya.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dua lelaki berkenaan cuba untuk melarikan sebelum seorang daripada mereka bertindak terjun ke dalam tasik di belakang pusat komuniti tersebut.

"Pegawai operasi terpaksa terjun ke dalam tasik untuk menahan warga asing tersebut.

"Kedua-dua lelaki warganegara Ghana ini ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau pas yang sah semasa pemeriksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan, sebuah hotel lama yang terkenal sebagai sarang aktiviti pelacuran di Pudu, Kuala Lumpur turut diserbu dalam Ops Merdeka pada Selasa.

Serbuan ke atas sarang pelacuran disebuah hotel lama di Pudu.
Serbuan ke atas sarang pelacuran disebuah hotel lama di Pudu.

"Premis ini telah berulang kali diserbu tetapi masih didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral melibatkan warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan ini, 12 warga asing terdiri daripada lima wanita warganegara Vietnam dan tujuh lelaki warga Bangladesh telah ditahan," katanya.

Lima wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah hotel lama di Pudu, Kuala Lumpur.
Lima wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah hotel lama di Pudu, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, seramai lima lelaki warga Bangladesh dan enam wanita bersama seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan di dua buah premis di Puchong kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Mengulas lanjut, Dzaimee berkata, seramai 26 warga asing ditahan, manakala empat warga tempatan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan dalam Ops Merdeka yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa.

Serama 12 warga asing ditahan dalam serbuan di dua buah premis di Puchong.
Serama 12 warga asing ditahan dalam serbuan di dua buah premis di Puchong.

"Imigresen telah melaksanakan siri operasi penguatkuasaan semasa cuti sambutan Hari Kebangsaan ke-64. Operasi dilaksanakan oleh 20 orang pegawai dari Unit Operasi Khas (QRT) Putrajaya pada 31 Ogos dan 1 September," ujarnya.

Sehubungan itu, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!