Roti Molana luaskan pasaran tempatan, antarabangsa

Rahim (kiri) dan Roslin Abd Rahman menandatangani perjanjian pembelian ekuiti di kilang Al Shams Bread di Tampoi, Johor Bahru, pada Selasa.
Rahim (kiri) dan Roslin Abd Rahman menandatangani perjanjian pembelian ekuiti di kilang Al Shams Bread di Tampoi, Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Al Shams Bread Manufacturing Sdn Bhd yang menghasilkan produk roti Molana di negeri ini, melangkah setapak lagi apabila memperluaskan pasaran ke peringkat tempatan dan antarabangsa apabila menjalin kerjasama dengan Indahraya International Ventures Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Indahraya, Roslin Abd Rahman, kerjasama itu merupakan langkah memperkasakan keupayaan syarikat bumiputera Islam yang berpotensi untuk kekal, releven dan berdaya saing.

"Menerusi kerjasama strategik ini, Al Shams Bread dijangka boleh menggandakan jumlah pengeluaran roti sehingga tiga kali ganda sebulan.

"Jika sebelum ini, kapasiti pengeluaran sebanyak dua kontena sebulan dan insya-ALLAH jumlah itu mampu ditingkatkan sehingga 10 kontena," katanya pada majlis menandatangani pembelian ekuiti antara kedua-dua syarikat di kilang Al Shams Bread di Tampoi, di sini pada Selasa.

Pada majlis berkenaan, Al Shams Bread Manufacturing Sdn Bhd diwakili Pengarah Pengeluarannya, Dr Rahim Zalizadeh manakala Roslin mewakili Indahraya International Ventures.

Majlis itu dirasmikan dan disaksikan secara maya oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut.

Rahim (kanan) menerangkan proses pembuatan roti selepas menandatangani perjanjian pembelian ekuiti di Kilang Al Shams Bread di Tampoi, Johor Bahru, pada Selasa.
Rahim (kanan) menerangkan proses pembuatan roti selepas menandatangani perjanjian pembelian ekuiti di Kilang Al Shams Bread di Tampoi, Johor Bahru, pada Selasa.

Syarikat Indahraya kini memiliki pegangan 40 peratus ekuiti Al Shams Bread Manufacturing Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Selaras dengan itu, Koperasi Indah Raya Kemaman Berhad (KOINDAH), koperasi milik penuh Indah Raya Group turut dilantik menjadi pengedar tunggal bagi platform pengedaran jenama roti Molana untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Roti jenama Molana bermula di Johor Bahru pada 2010 dengan keluaran produk popularnya adalah capati untuk pasaran Singapura.

Produk lain ialah pratha pastri sejuk beku yang bukan sahaja boleh dimakan sebagai roti canai kosong, malah dijadikan aneka pastri seperti paf, martabak, pai, piza, tat portugis dan lain-lain.

Antara produk roti Molana adalah roti canai kosong, martabak, pai, piza, tat portugis dan lain-lain.
Antara produk roti Molana adalah roti canai kosong, martabak, pai, piza, tat portugis dan lain-lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!