Kerabat Diraja Jembal Kelantan sudah ada di Johor

Nik Yusuf (tiga, kiri) memukul gong sebagai gimik perasmian PKDJK Perhubungan Johor sambil diperhatikan Nik Mazlan (dua, kanan)
Nik Yusuf (tiga, kiri) memukul gong sebagai gimik perasmian PKDJK Perhubungan Johor sambil diperhatikan Nik Mazlan (dua, kanan)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dianggar antara 100 hingga 200 individu dari keturunan Kerabat Diraja Jembal Kelantan berada di Johor Darul Takzim.

Pengerusi Pertubuhan Kerabat Diraja Jembal Kelantan (PKDJK) Perhubungan Johor, Nik Mazlan Jusoh berkata, setakat ini, 65 individu dari keturunan berkenaan sudah berdaftar dengan pihaknya.

"PKDJK telah lama ditubuhkan di Kelantan dan aktif di sana termasuk di Pahang dan Terengganu.

"Di negeri lain juga diwujudkan cawangan masing-masing dan terkini di Johor, kerana kami yakin ramai anak beranak (keturunan) kami menetap di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian PKDJK Perhubungan Johor yang disempurnakan Yang Di Pertua PKDJK, Nik Yusuf Nik Mohammad.

Nik Mazlan berkata, idea untuk mengembangkan pertubuhan berkenaan ke Johor adalah merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain daripada keturunan berkenaan.

Ahli PKDJK Perhubungan Johor bergambar bersama di hari perasmian pertubuhan berkenaan
Ahli PKDJK Perhubungan Johor bergambar bersama di hari perasmian pertubuhan berkenaan

"Tujuan kami bukan setakat mahu berkumpul, bahkan mahu melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan sebagai salah satu tujuan penubuhan pertubuhan ini di Johor.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuklah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, kutipan dana untuk mereka yang memerlukan selain hari keluarga sebagai aktiviti tahunan pertubuhan," katanya.

Katanya, kebiasaannya mereka yang berasal dari keturunan Kerabat Diraja Jembal Kelantan ini permulaan nama menggunakan Raja, Tuan, Engku, Tengku dan Nik.

"Jadi, sesiapa daripada keturunan Kerabat Diraja Jembal Kelantan ini diminta untuk sertai kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!