Orang Lembah Klang tak sabar tunggu pengumuman PM

Beberapa orang awam melihat siaran langsung pengumuman barisan anggota jemaah kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos lepas. - Foto Bernama
Beberapa orang awam melihat siaran langsung pengumuman barisan anggota jemaah kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos lepas. - Foto Bernama
A
A
A

NAMPAK gayanya orang Lembah Klang dah tak sabar-sabar tunggu pengumuman Perdana Menteri (PM). Mungkin dalam sehari dua ini, adalah pengumuman daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengumuman yang ditunggu-tunggu itu sudah pasti kepada berita peralihan Lembah Klang ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebelum ini, PM sendiri seakan-akan memberi gambaran Lembah Klang akan beralih ke Fasa 2 PPN.

Sudah tentu perkhabaran itu cukup menggembirakan penduduk Lembah Klang. Apa tidaknya, dah berapa bulan duduk 'berkurung' di rumah. Sampai ada yang cakap, sel-sel otak dah tak berhubung sebab lama sangat duduk di rumah.

Jadi bila mana PM dikhabarkan akan membuat pengumuman rasmi berhubung Fasa 2 PPN di Lembah Klang, ramailah yang mula tak senang duduk. Ada juga yang sudah berkira-kira mencongak langkah nak dituju.

Kata mereka, tak apalah kalau tak boleh rentas negeri lagi, dah boleh rentas daerah pun dikira cukup baik. Kata mereka lagi, setidak-tidaknya kami taklah jadi macam katak bawah tempurung, tak tahu apa yang berlaku di luar sana.

Merak Jalanan pun ternanti-nanti pengumuman PM. Tak pasti bila harinya. Tak esok, mungkin lusa atau beberapa hari lagi pengumuman akan dibuat. Harapnya apa yang ditunggu-tunggu itu tidaklah memakan masa yang terlalu lama.

Cuma pesan Merak Jalanan, bila Lembah Klang dah beralih ke Fasa 2 PPN, jangan pula ada yang lupa diri. Kena selalu beringat, kita masih belum menang melawan ancaman Covid-19. Bila-bila masa saja boleh dijangkiti Covid-19 jika kita alpa.

Artikel Berkaitan:

Paling penting, orang Lembah Klang tak salah guna 'lesen' yang diberikan pihak kerajaan. Sampai bila kita nak terus 'berkurung' di rumah bila peluang dah ada di depan mata. Jadi guna sebaik mungkin peluang yang ada nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!