AS giat pastikan keselamatan laluan keluar dari Afghanistan

AS akan berusaha pastikan keselamatan laluan udara dan darat sebelum teruskan misi pemindahan saki baki rakyatnya yang masih berada di Afghanistan. - Foto fail Bernama
AS akan berusaha pastikan keselamatan laluan udara dan darat sebelum teruskan misi pemindahan saki baki rakyatnya yang masih berada di Afghanistan. - Foto fail Bernama
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan berusaha memastikan keselamatan laluan udara dan darat sebelum meneruskan misi pemindahan saki baki rakyatnya yang masih berada di Afghanistan, kata Setiausaha Rendah Hubungan Diplomatik, Victoria Nuland pada Rabu.

"Perkara pertama yang harus dilakukan (sebelum memindahkan rakyat Amerika yang masih ada) adalah memastikan keselamatan laluan udara dan darat, itulah yang sedang kita usahakan," lapor Sputnik, memetik kenyataan Nuland dalam sidang media.

Berikutan pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan pada 31 Ogos, sekitar 200 rakyat AS masih terkandas di negara itu, menurut Jabatan Negara dan Rumah Putih.

Presiden Joe Biden berkata, pentadbirannya komited untuk memindahkan rakyatnya meninggalkan negara itu tanpa mengira waktu.

Media AS melaporkan kira-kira 20,000 rakyat Afghanistan yang memohon Visa Imigran Khas (SIV) masih berada di Afghanistan ketika Taliban menawan Kabul. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!