Isu rumah ibadat, Johor guna pendekatan berhemah

Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad
A
A
A
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor mengambil pendekatan secara berhemah dan teliti mengenai rumah ibadat di negeri ini.

Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan negeri tidak mahu perkara tersebut menjadi isu perkauman.

“Kita akan tangani secara lebih berhemah dan teliti sebab kita tak nak benda ini jadi isu perkauman,” katanya mengenai garis panduan pembinaan rumah ibadat di Johor, semalam.

Dzulkefly berkata, setakat ini banyak rumah ibadat tidak berdaftar dan kerajaan negeri menangani beberapa kes membabitkan kuil dan tokong.

Katanya, tindakan kerajaan negeri adalah melihat secara ‘case to case basis’ dan naratif pembinaan premis tersebut.

“Contohnya macam Taman Sri Pulai Perdana, ia ada rizab kuil tapi kuil itu dibina bukan (di atas) rizab kuil dan (kemudian) mendapat bantahan orang ramai.

“Jadi kita akan tengok balik ‘case to case basis’. Sebab kewujudan rumah ibadah yang tidak ‘legal’ ini, kadang-kadang ia ada naratifnya. Jadi kita akan semak balik, kalau memang ada rizab, kita akan minta ia kembali kepada rizab asal,” katanya.

Jelasnya, jika tiada rizab rumah ibadat di sesuatu kawasan, kerajaan negeri akan mencari lokasi lain untuk dipindahkan dan tertakluk kepada bantahan masyarakat.

Bagi isu pembinaan atau pemindahan rumah ibadat di Johor, katanya, prosedur tetap sama di mana perlu didapatkan maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!