Mexico catat 1,177 kematian harian Covid-19
BOGOTA - Mexico pada Rabu melaporkan 1,177 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara itu 260,503 orang, menurut data rasmi.
Ia juga merupakan angka kematian Covid-19 harian tertinggi sejak Mac, ketika negara itu dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19.
Mexico turut melaporkan 17,337 jangkitan baharu dalam tempoh sehari dan 3,369,747 kes sejak wabak ini mula dikesan.
Seramai 2,715,090 pesakit di negara ini telahpun pulih, menurut Agensi Anadolu.
Lebih 45 juta orang di negara Amerika Latin ini sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 dan lebih 26 juta telah menerima dos kedua. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!