Aktiviti ziarah kubur Seksyen 21 dibenarkan: MBSA
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan aktiviti ziarah Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini pada masa ditetapkan dan syarat-syarat tertentu.
Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, MBSA memaklumkan waktu ziarah dibenarkan bermula pada jam 8 pagi hingga 10 pagi dan jam 1 petang hingga 3 petang dengan tempoh lawatan tidak melebihi 20 minit.
Selain itu, pelawat yang ingin menziarah ke tanah perkuburan berkenaan perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan hanya dua pelawat sahaja dibenarkan masuk.
“Untuk makluman, tanah perkuburan ini juga adalah pusat penerimaan jenazah Covid-19.
"Kawasan ini akan ditutup pada jam 10 pagi hingga 1 petang dan 3 petang hingga 7 petang bagi memudahkan pihak hospital menguruskan jenazah Covid-19.
“Pihak MBSA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang berlaku kepada pelawat yang berkunjung ke kawasan ini,” katanya kenyataan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!