Maritim bantu pindah 17 individu kontak rapat Covid-19

Anggota Maritim lengkap berpakaian PPE membantu memindahkan kontak rapat kes Covid-19 ke KM Tatau untuk dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bagi menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Rompin pada Selasa.FOTO: MARITIM MALAYSIA PAHANG
Anggota Maritim lengkap berpakaian PPE membantu memindahkan kontak rapat kes Covid-19 ke KM Tatau untuk dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bagi menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Rompin pada Selasa.FOTO: MARITIM MALAYSIA PAHANG
A
A
A

ROMPIN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pahang membantu memindahkan 17 kontak rapat pesakit Covid-19 dari Pulau Tioman untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Rompin pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu menggunakan Kapal Maritim (KM) Tatau dari Pulau Tioman ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading,

Menurutnya, bantuan membawa kontak rapat kes Covid-19 itu digerakkan selepas pihaknya dihubungi Pejabat Klinik Kesihatan Pulau Tioman.

"KM Tatau yang sedang menjalankan operasi di sekitar perairan Pulau Tioman digerakkan untuk pemindahan tersebut.

"Semua pegawai dan anggota lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) telah ke Pulau Tioman bagi melaksanakan khidmat Medevac itu," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Amran berkata, KM Tatau tiba di lokasi pemindahan kira-kira jam 12 tengah hari dan memindahkan 17 kontak rapat Covid-19 terlibat untuk dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dengan perjalanan mengambil masa sekitar tiga jam.

"KM Tatau dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas turut disanitasi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!