Bekas penyampai berita RTM meninggal dunia

Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya pagi tadi.
Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi.

Anak Allahyarham, Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut.

“Arwah ada juga mengadu sakit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini,” katanya.

Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk hipertensi, diabetes dan masalah pada prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Terkenal pada era 1980-an semasa bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!