Liga Arab gesa Israel bertanggungjawab ke atas tahanan wanita hamil

Anhar Deek dijangka akan melahirkan bayinya.
Anhar Deek dijangka akan melahirkan bayinya.
A
A
A

KAHERAH - Liga Arab pada Rabu mahu Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan tahanan Palestin, Anhar Deek, yang dijangka akan melahirkan bayinya.

Pertubuhan Seluruh-Arab itu mendesak pertubuhan masyarakat awam (CSO) di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa, menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab Said Abu Ali dalam satu kenyataan media berkata, Sekretariat Agung mengikuti dengan penuh prihatin penderitaan tahanan Palestin, yang sebahagiannya terdiri daripada kanak-kanak, pesakit, wanita dan warga tua.

Deek, yang tempoh bersalinnya hanya beberapa hari lagi, berdepan isu kekurangan rawatan perubatan, kata kenyataan itu, yang menekankan ia bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!