Hishammuddin kembali ketuai pengurusan pandemik di bawah MKN

Menteri Kanan Pertahanan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media khas di Wisma Pertahanan pada Khamis. - Foto Bernama
Menteri Kanan Pertahanan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media khas di Wisma Pertahanan pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali mengetuai usaha berkaitan pengurusan pandemik termasuk Covid-19 di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengumumkan perkara itu, Hishammuddin berkata, pengesahan terhadap portfolio berkenaan yang sempat beliau galas selama beberapa minggu sebagai Menteri Kanan Luar Negeri sebelum ini, dibuat pada Sidang Khas MKN pada Khamis.

“Antara arahan utama yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya sebentar tadi adalah untuk menilai dan memperkemas prosedur operasi standard (SOP) yang telah diumumkan sebelum ini dari semasa ke semasa.

“Saya percaya, ini merupakan kerja yang berterusan dan memerlukan pendekatan yang inklusif, dan saya sentiasa berbesar hati dan bersedia untuk membuka ruang kepada semua pihak termasuk rakyat bagi memberi pandangan serta maklum balas demi memenuhi kepentingan bersama,” katanya dalam sidang media khas di Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.

Dalam usaha menuju ke arah fasa endemik bermula hujung Oktober ini, kata beliau adalah amat penting untuk pendekatan secara menyeluruh dilaksanakan bagi menentukan SOP yang dapat melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!