Harga siling kit ujian covid-19 tak dibincang bersama MPS

Tangkap layar hantaran di Facebook Amrahi Buang.
Tangkap layar hantaran di Facebook Amrahi Buang.
A
A
A

SHAH ALAM - Penentuan harga maksimum kit ujian pantas Covid-19 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak dibincangkan secara spesifik bersama Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presiden MPS, Amrahi Buang berkata, pihaknya berduka cita terhadap kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu dan memohon untuk memperbetulkan semula maklumat tersebut.

“Pada 6 Ogos 2021, satu surat telah diutuskan kepada KPDNHEP sekiranya kerajaan ingin mengawal harga kit ujian kendiri, perlulah mengambilkira isu stok yang sedang dipegang oleh farmasi komuniti dan juga isu logistiks untuk Sabah dan Sarawak.

“Pada, 18 Ogos 2021, kami telah mendapat panggilan untuk hadiri mesyuarat dengan KPDNHEP yakni, dua jam sebelum masa mesyuarat bermula.

“Isu kawalan harga tersebut dibicarakan tetapi tidak secara spesifik. Harga jualan di bawah harga kos ini tidak dibincangkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 diletakkan di bawah kawalan berkuat kuasa Ahad ini menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan bersama dilaporkan berkata, kit berkenaan akan dijual pada harga RM16 (borong) dan RM19.90 (runcit) bagi satu set.

Jelas Amrahi, pada 19 Ogos 2021, satu kenyataan media telah dikeluarkan dengan memberikan cadangan-cadangan kepada kerajaan berkaitan kit ujian kendiri ini termasuk isu harga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!