Pihak swasta dipelawa jayakan GetEmployed.today

Gambar hiasan 123rf.
Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pelopor global dalam platform pembelajaran mudah alih, LTT Global Communications Sdn Bhd mempelawa pihak swasta untuk turut sama menaja dan menjayakan program GetEmployed.today.

Ketua Pegawai Operasinya, Rani Wemel berkata, program tersebut merupakan inisiatif pihaknya dalam membantu golongan hilang pendapatan ketika Covid-19 dengan menyediakan platform untuk mempelajari serta meningkatkan kemahiran digital yang diberikan secara percuma selama 12 bulan.

Menurutnya, dengan kemahiran digital yang dimiliki peserta, ia mampu membantu mereka untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan dalam zaman teknologi kini.

"Program GetEmployed.today kami bukan sahaja meningkatkan kemahiran digital mereka malah turut mendapat pensijilan dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dalam jangka masa enam minggu.

"Selain itu, program tersebut turut menyediakan bimbingan kerjaya dan mempromosikan mereka kepada syarikat-syarikat yang mempunyai jawatan kosong," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rani berkata, program tersebut juga mampu meningkatkan ekonomi keluarga dan negara apabila golongan tidak bekerja itu mendapat pekerjaan baru.

"Kami berharap program ini mendapat tajaan dan penyertaan dari syarikat-syarikat swasta kecil, sederhana dan besar.

"Dengan penajaan anda, pihak kami bersedia mempromosi syarikat dan perkhidmatan syarikat anda sepanjang tempoh program," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi mana-mana syarikat yang berminat untuk menaja program tersebut mereka boleh mendapatkan keterangan lanjut di laman web www.GetEmployed.today atau boleh menghantar WhatsApp di talian 019-2070510 / 019-2179559.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!