PM ucap tahniah kepada Wei Lun

Atlet Boccia Para negara, Chew Wei Lun memenangi pingat perak setelah tewas kepada dari Great Britain, Smith David pada perlawanan akhir kategori Individu campuran (BC1) pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Gimnastik Ariake hari ini. Foto Bernama
Atlet Boccia Para negara, Chew Wei Lun memenangi pingat perak setelah tewas kepada dari Great Britain, Smith David pada perlawanan akhir kategori Individu campuran (BC1) pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Gimnastik Ariake hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada atlet boccia negara, Chew Wei Lun yang berjaya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir acara individu bercampuran BC1 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo pada Rabu.

Menerusi catatan di Facebook rasminya pada Khamis, beliau berkata, kejayaan Wei Lun itu turut menjadi kebanggaan negara.

“Tahniah Chew Wei Lun! Lagi atlet paralimpik terus menerus menghadiahkan pingat buat Malaysia.

“Saya bersama Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian anda yang meraih pingat perak dalam acara Boccia Campuran Individu BC1 (kecacatan fizikal),” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada atlet yang berusia 26 tahun itu kerana berjaya menyahut cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan yang sama kepada jurulatih dan seluruh kontinjen Malaysia.

Wei Lun yang juga pemain ke-11 dunia dan pemain lelaki kelima terbaik Asia mara ke final selepas menewaskan lawan dari Portugal, Andre Ramos dengan keputusan 9-5 di separuh akhir.

Atlet dari Johor itu mencipta sejarah muncul sebagai atlet pertama Malaysia beraksi dalam sukan boccia di pentas Paralimpik, tewas kepada juara bertahan dari Rio 2016 David Smith dari Great Britain, 2-4, pada aksi final di Ariake Gymnastics Centre. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!