Rangka dinosaur 'Big John' berusia 66 juta tahun akan dilelong

Rangka tulang dinosaur tricerator yang hampir lengkap akan dilelong pada satu lelongan di Paris pada bulan depan. - Foto Giquello
Rangka tulang dinosaur tricerator yang hampir lengkap akan dilelong pada satu lelongan di Paris pada bulan depan. - Foto Giquello
A
A
A

PARIS - Rangka tulang seekor dinosaur yang hampir lengkap akan dilelong pada satu lelongan yang akan diadakan di Paris, Perancis pada Oktober depan.

Jangkaan harga lelongan rangka tulang dinosaur tricerator itu dianggarkan akan mencecah sehingga AS$1.8 juta (RM7.48 juta).

Rangka tulang yang diberi nama jolokan sebagai 'Big John' itu berusia 66 juta tahun dan berukuran 2.6 meter panjang dan dua meter lebar.

Sepasang tanduk dinosaur itu masing-masing mempunyai ukuran 1.1 meter panjang dan lebar 30.48 sentimeter.

Tulang pertama haiwan gergasi itu ditemui pada bulan Mei 2014 oleh seorang ahli geologi, Walter W. Bill di Hell Creek Formation, Dakota Selatan, Amerika Syarikat (AS).

Sejak itu, 60 peratus tulang 'Big John' itu telah dijumpai termasuk tengkorak haiwan tersebut yang hampir lengkap.

Secara keseluruhannya, lebih 200 tulang dinosaur itu telah ditemui. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!