20 keluarga dipindahkan di Beaufort, rumah dinaiki banjir

Pemindahan semua mangsa banjir dilakukan berikutan keadaan air banjir yang meningkat sejak Khamis.
Pemindahan semua mangsa banjir dilakukan berikutan keadaan air banjir yang meningkat sejak Khamis.
A
A
A

BEAUFORT - Sebanyak 20 keluarga mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dun Banir dan pusat transit selepas rumah mereka dinaiki air sejak Khamis.

Selain itu, satu keluarga membabitkan lima individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Selagon.

Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun berkata, pemindahan semua mangsa banjir dilakukan berikutan keadaan air banjir yang meningkat sejak Khamis.

"Setakat ini seramai 39 mangsa banjir membabitkan 13 keluarga dari Kampung Brunei, Membakut dipindahkan ke PPS Dewan Dun Banir dan selebihnya dipindahkan ke tempat transit di Dewan Suasa serta Masjid Bingkul.

"Terdapat sebuah keluarga juga didapati positif Covid-19 dan mereka telah dipindahkan ke PKRC Selagon," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Sebanyak 20 keluarga mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dun Banir dan pusat transit selepas rumah mereka dinaiki air sejak Khamis.
Sebanyak 20 keluarga mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dun Banir dan pusat transit selepas rumah mereka dinaiki air sejak Khamis.

Katanya lagi, dijangka mangsa banjir yang akan dipindahkan ke PPS di daerah ini akan bertambah berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak Khamis.

"Selain itu, jika air pasang dari laut akan menyebabkan berlakunya pertembungan terutama pada waktu petang dan ini sekali gus akan menyebabkan paras air sungai meningkat naik.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kita telah membuat persediaan memandangkan daerah ini amat sinonim dengan keadaan banjir termasuk menyediakan PPS dan bagi mangsa banjir yang dijangkiti Covid-19 atau kuarantin mereka akan diletakkan di PKRC yang sedia ada," katanya.

Sementara itu, pemantauan di Sungai Padas dan Sungai Membakut ketika ini didapati masih berada di paras bahaya iaitu masing-masing pada paras 9.12 meter dan 7.03 meter setakat jam 6 pagi Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!